Trading dan Investasi

ad1

Iklan Gratis

Tampilkan postingan dengan label Video. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Video. Tampilkan semua postingan
Satu Studio Terpegun Kelunakan Suara Penyanyi Amerika Baru Memeluk Islam Mengaji Surah AlFatihah

Satu Studio Terpegun Kelunakan Suara Penyanyi Amerika Baru Memeluk Islam Mengaji Surah AlFatihah

Jennifer yang merupakan finalis tempat ketiga dalam pertandingan besar pencarian bakat Arab Got Talent itu lalu mengucapkan kalimat syahadat sebagai dengan rasminya sepenuh hati beliau memeluk Agama Islam. "Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan-Nya."


Satu Studio Terpegun Kelunakan Suara Penyanyi Amerika Baru Memeluk Islam Mengaji Surah AlFatihah | Ikuti kisahnya... ~  DI ambil dari laman Dailymail, Jennifer Grout yang lahir dan dibesarkan di Cambridge, Massachusetts, AS itu adalah anak perempuan dari seorang pemain piano dan biola yang dikenali. Dia mula belajar bermain muzik ketika berusia lima tahun lagi.

Jennifer merupaka seorang pelajar di McGill University di Montreal, dalam bidang opera kesusasteraan, Ketika itulah beliau menemukan muzik dari Arab lalu meminatinya. Dengan lenggokan serta alunan yang mendamaikan ditambah lagi dengan permainan alatan muzik Arab Islamik moden, maka terlahirlah kecintaan beliau dalam mendalami Bahasa Arab serta segala tentang bumi Arab..

Setelah selesai pengajian dengan keputusan cemerlang, beliau memutuskan untuk pergi ke Maroko untuk mendalami Bahasa Arab, maka ketika itulah penyanyi kelahiran Amerika ini Jennifer Grout memeluk Agama Islam. Hal ini telah disahkan melalui sebuah video yang dimuat naik ke laman Youtube

Dalam video tersebut, kelihatan Jennifer ditemani seorang rakanya ditanya oleh seorang lelaki tentang beberapa hal berkenaan seputar Islam dalam suasana penuh keramahan.. sesi soal jawab pun bermula..
"Apakah Anda tahu bagaimana mengucapkan syahadat dalam Islam?" tanya lelaki itu kepada Jennifer.

Jennifer yang merupakan finalis tempat ketiga dalam pertandingan besar pencarian bakat Arab Got Talent itu lalu mengucapkan kalimat syahadat sebagai dengan rasminya sepenuh hati beliau memeluk Agama Islam. "Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan-Nya."

Seterusnya lelaki tersebut mengajukan beberapa soalan kepada Jennifer, “adakah anda tahu tata cara untuk mengerjakan Solat”?
Mendengar pertanyaan kedua ini, rakanya yang menemani Jennifer tadi mencela dan mengatakan, gadis 23 tahun ini mengetahui begitu banyak sekali tentang Islam.
Kemudia soalan ditanyakan lagi, adakah Jennifer menghafal salah satu ayat dalam AlQuran? Beliau pun mengiakan. Lalu Jennifer membacakan Surah AlFatihah dengan begitu lancar dan jelas sekali, dengan suara yang lunak dan merdu. - Dd

Sumber: On Islam

Dengarkan Kelunakan Alunan Bacaan Al Fatihah oleh mualaf ini:


Jenazah berbau wangi bila kuburnya digali setelah 13 tahun dikebumikan (Video)

Jenazah berbau wangi bila kuburnya digali setelah 13 tahun dikebumikan (Video)

Inilah bukti Kebesaran Allah untuk sekalian umatNya tentang penemuan menggemparkan... Ikuti video lengkap dan kisahnya.. 

Jenazah berbau wangi bila kuburnya digali selepas 13 tahun

Kejadian berlaku di Desa Adi Jaya Tebing Tinggi Tungkal Ulu Jambi, proses menggali kubur yang berusia 13 tahun untuk mayatnya di tanam semula berdekatan dengan kubur suaminya yang berada di Jakarta.. 

Berdasarkan Musyawarah, Keluarga Almarhumah, kubur di gali semula untuk dipindahkan bersebelahan dengan Makam Almarhum Suaminya.  Menurutnya lagi Persediaan dibuat sekadar membawa kotak bersaiz 1 meter pesegi untuk mengisi tulang belulang, kerana semestinya mayat akan mereput setelah 13 tahun ditanam.



Rupanya keadaan mayat sebaliknya, tubuh badannya sempurna dan lembut seperti baru dikebumikan malahan mengeluarkan bau yg sangat wangi. Kain kapanya tidak rosak sama sekali hanya kotor dengan tanah, papan liang lahad pun berkeadaan baik.. Suasana persekitaran redup dan didatangi angin sepoi² bahasa... SUBHANALLAH..



Menurut warga setempat, semasa hayatnya, Almarhumah telah membangunkan serta mengusahakan Sekolah Agama, madrasah Tahfiz dan pesantren yang kini pelajarnya sangat ramai.. 

Semoga pembaca dan penonton semua dapat mengambil Ibrah dan mendapatkan husnul khatimah seperti Almarhumah....
Aamiin.... - digital dakwah
Kredit: zana
https://goo.gl/DAsGa5

Video:

Jenazah berbau wangi bila kuburnya digali selepas 13 tahun


Jenis Air Untuk Bersuci (Video)

Jenis Air Untuk Bersuci (Video)

Air Mutlak, Musta'mal, Mutanajjis, Musyammas Huraian serta Hukumnya



Huraian lengkap serta hukum-hukumnya tentang tingkatan Jenis Air Untuk Bersuci menurut Islam.. Diantaranya "Air Mutlak, Air Musta'mal, Air Muntanajis, dan Air Musyammas - Digital Dakwah


Pautan terkait:
Jenis Air Untuk Bersuci (Video) | Terdapat 4 jenis air yang harus diketahui terlebih dahulu, iaitu air suci menyucikan yang tidak makruh, air suci menyucikan yang makruh, air suci tidak menyucikan, dan air tidak suci tidak menyucikan.

Pertama - Air Mutlak, air yang suci lagi menyucikan dan tidak makruh menggunakannya.

Terdapat 7 jenis air mutlak iaitu air laut, air sungai, air telaga, air hujan, air mata air, air embun, dan air batu atau salji.


Kedua - Air Musyammas, air yang suci lagi menyucikan, tetapi makruh menggunakannya. Iaitu air yang berada dalam bekas yang diperbuat daripada logam yang bukan emas atau perak, yang terjemur di bawah panas matahari di tempat (kawasan, negeri, atau negara) yang panas.

Air ini makruh digunakan pada tubuh badan sahaja kerana mendatangkan mudarat. Akan tetapi jika digunakan untuk membasuh pakaian dan lain-lain, atau telah sejuk sewaktu kita menggunakannya, maka tidak makruh menggunakannya.


Ketiga, air yang suci tetapi tidak menyucikan. Air ini dibahagi pula kepada 3 jenis iaitu:

Air musta’mal, iaitu air yang kurang dari 2 kolah, yang telah digunakan untuk mengangkat hadas pada basuhan pertama wudhuk yang wajib dan mandi yang wajib, atau air yang telah digunakan untuk menghilangkan najis dan air itu tidak berubah dari segi kuantiti isipadunya.
Air mutaghayyir, iaitu air yang berubah salah satu daripada rasa, warna, atau bau, dengan sebab bercampur sesuatu yang suci seperti gula, milo, kopi, teh, dakwat, dan sebagainya hingga berubah nama air mutlaknya. Tetapi jika berubah kerana lama bertakung, kerana lumpur dan tanah, atau kerana jatuh daun kayu ke dalamnya, maka air itu dihukumkan air yang suci lagi menyucikan.
Air muqayyad, iaitu air yang dikaitkan dengan nama asalnya seperti air tebu, air kelapa dan sebagainya.


Keempat - Air Mutanajjis, air yang tidak suci lagi tidak menyucikan. Ia dikira bernajis apabila terjadi 2 keadaan, iaitu (1) termasuk najis dalam kuantiti air yang tidak sampai 2 kolah, atau (2) berubah salah satu sifat air itu samada berubah rasa, bau dan warna, disebabkan termasuk najis tersebut.

Air tidak dikira bernajis apabila dengan tidak sengaja, terjatuh bangkai yang tidak mengeluarkan darah ketika dibunuh seperti lalat, lipas, semut, cicak, dengan syarat bangkai itu tidak mengubah sifat air.

Air juga tidak dikira bernajis jika terjatuh ke dalamnya keadaan seperti berikut:
Najis yang dimaafkan seperti debu-debu najis yang berterbangan yang sukar dijaga,
najis-najis yang sangat halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar seperti najis yang berada pada kaki lalat dan percikan air kencing yang tidak dapat dilihat,
bulu-bulu najis yang sedikit yang tidak melebihi 3 helai,
binatang yang pungungnya bernajis kemudian dia terjatuh ke dalam air,
bekas mulut kucing atau kanak-kanak yang makan benda najis lalu dia menghilangkan diri tanpa diketahui mulutnya sudah dibasuh atau tidak, kemudian dia meminum air, maka air baki minuman itu dikira tidak bernajis.

Ukuran 2 kolah

Bekas segiempat, ukuran lebar tiap-tiap segi ialah satu hasta suku.
Bekas bulat, ukuran diameter satu hasta, tinggi dua setengah hasta.

Saksikan VIDEO PENERANGAN serta HUKUM-HUKUMNYA tentang pembahagian JENIS AIR UNTUK BERSUCI


Sukan Ekstrem Papan Luncur Jadi Pilihan Walaupun Berpurda

Sukan Ekstrem Papan Luncur Jadi Pilihan Walaupun Berpurda


Sukan Ekstrem Papan Luncur Jadi Pilihan Walaupun Berpurda |  Sukan adalah satu aktiviti yang biasa dilakukan sama ada untuk mengisi masa lapang mahupun untuk pertandingan. Malah dengan bersukan juga tubuh badan menjadi sihat dan bertenaga serta dapat menguji daya kekuatan fizikal dan mental. Sekumpulan gadis ini membuktikan bahawa tiada halangan untuk bersukan walaupun berpakaian purda ini seperti ninja, yang penting aurat dan batasan terjaga. Kata mereka…

Rasulullah SAW sendiri sentiasa mengingatkan umatnya menjaga kesihatan, kuat serta terhindar daripada sebarang penyakit memudaratkan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah berbanding daripada orang beriman yang lemah.” (Hadis riwayat Muslim)




Sejarah Islam dan Wanita dalam Sukan

Sejarah silam telah membuktikan adalah cabang kesihatan fizikal dan mental (fizikal cergas, mental cerdas). Zaman Rasulullah S.A.W, Saidatina Aisyah Isteri nabi sendiri pernah berlumba lari dengan Rasulullah S.A.W ketika bermusafir. Ada ketikanya Saidatina Aisyah menang dan ada ketikanya kalah dalam perlumbaan tersebut. Safiyyah, ibu saudara Rasulullah S.A.W dan kakak kepada Saidina Hamzah telah membuktikan ketangkasan dalam tindakkannya semasa menyertai Perang Uhud. Ketika orang Islam ditimpa kekalahan, sebahagian dari mereka mula melarikan diri dari medan perang. Melihat keadaan ini dan demi maruah Islam, Safiyyah bersama tombak di tangannya terus memukul muka mereka dengan tombak sambil menyemarakkan semula semangat mereka untuk terus berjuang. Semasa Perang Khandak, sekali lagi membuktikan ketangkasan dan kecergasan Safiyyah. Pada ketika itu, Safiyyah dengan pancang di tangan mengetuk kepala pengintip Yahudi sehingga mati.

Kehebatan wanita Islam terdahulu bukan setakat menyertai perang, malah ada yang bertanggungjawab sebagai perisai kepada Rasulullah S.A.W di medan pertempuran. Contohnya Ummi Ummarah, seorang wanita Ansar yang mula-mula memeluk Islam. Beliau menyertai peperangan Uhud, Hudaibiyyah, Khalbar, Ummratul-qadha, Hunain dan Yamamah. Beliau menjadi perisai kepada Rasulullah S.A.W apabila ada musuh yang menghampiri baginda. Kisah kehebatan, semangat perjuangan, keberanian, sumbangan dan pengorbanan wanita Islam di zaman silam tiada tolok bandingnya. Islam adalah agama yang meletakkan wanita setaraf dengan lelaki.
Ketangkasan, kecergasan fizikal dan mental mereka membuktikan mereka melakukan latihan fizikal dan mental yang berulang sama seperti apa yang dilakukan dalam bersukan atau bersenam. Islam sangat menitikberatkan pembentukan jasmani yang sihat sejak kecil lagi.
Dilihat dari sudut kematangan Negara Malaysia kini, kaum wanita jauh lebih hebat malah martabat kaum wanita terus dijulang sehingga mampu memegang tampuk pimpinan Negara. Persidangan Dasar Wanita Negara bukti betapa kerajaan tidak pernah mengabaikan wanita malah kebajikan dan maruah wanita terbela. Sebagai sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama persekutuan negara kaum wanita tidak pernah ketinggalan dalam apa jua aspek sama ada dalam bidang pentadbiran, pendidikan, politik, ekonomi, sosial dan sukan selagi berlandaskan syariat Islam. Dalam bidang sukan, wanita tidak ketinggalan malah harum di persada dunia seperti pemain Nur Suryani Mohd Taibi atlet menembak Malaysia. Berpakaian menutup aurat dan beliau pernah merangkul pingat emas pertama dalam acara 50 meter rifle 3 posisi wanita akhir di lapang sasar,Jakabaring,Palembang.


Hal demikian menunjukkan bahawa Islam sebagai agama syumul bukan sahaja menekankan aspek peribadatan semata malah satu cara hidup yang merangkumi peraturan dan panduan dari segenap aspek kehidupan manusia termasuk kerohanian, ekonomi, politik, sosial, kesenian, ketenteraan dan sukan. Dunia mengetahui bahawa sukan menjana kecergasan fizikal dan mental, bermakna dengan bersukan badan sihat otak cerdas (cergas cetus cerdas).
Pepatah Arab ada menyebut bahawa ‘al-aql salim fi jism as-salim’ ‘otak yang cerdas datangnya dari badan yang sihat’. Walau bagaimanapun dan dalam apa juga bidang termasuk bidang sukan, Islam tetap menetapkan beberapa syarat dan peraturan sebagai rujukan dalam menjana setiap gerak-geri umatnya terutama dalam kalangan wanita agar tidak terpesong daripada ajaran Islam yang hakiki. - Sumber
Saksikan Video Dibawah:

Bukti Kebenaran Al-Quran Surah Al-Kahfi, Ikan Yang Mampu Hidup Tanpa Air

Bukti Kebenaran Al-Quran Surah Al-Kahfi, Ikan Yang Mampu Hidup Tanpa Air

Seperti yang sudah diketahui berdasarkan ilmu pengetahuan yang ada dan yang dipelajari, ikan adalah haiwan yang hidup di air. Air adalah kehidupan bagi ikan. Tanpa air ikan akan mati dan pupus. Namun, ternyata ada fakta mengejutkan bahawa terdapat ikan yang boleh hidup di darat, bahkan dalam kurun waktu yang lama mencapai hitungan tahun. Ikan hidup tanpa air, inikah ikan yang diceritakan dalam surah Al-Kahfi?




Bukti Kebenaran Al-Quran Surah Al-Kahfi, Ikan Yang Mampu Hidup Tanpa Air - Sukar rasanya berfikir dengan logik bagaimana ikan boleh hidup tanpa air. Kerana pada dasarnya, habitat ikan adalah air. Ikan lungfish (Protopterus Sp), adalah ikan yang diakui boleh hidup berhibernasi di darat, hidup tanpa air. Lalu, inikah sosok ikan itu? Inikah ikan yang diceritakan dalam surah Al-Kahfi? - Digital Dakwah


Terjemahan Surah Al-Kahfi
Ibnu Abas menceritakan bahawa beliau mendengar sabda Nabi Muhammad ketika Allah bertanya kepada Musa siapakah yang paling berilmu. Musa menjawab bahawa ia yang paling berilmu. Mendengar jawapan Musa, Allah meminta ia pergi untuk menemui hamba-Nya yang soleh yang lebih berilmu daripadanya, dengan membawa seekor ikan dalam bekas. Allah bersabda kepadanya, bila nanti ikan itu menghilang, maka di situlah Musa akan bertemu hamba-Nya yang soleh.

Lalu Musa berangkat bersama muridnya. Perjalanan demi perjalanan.. Maka mereka kepenatan sampai lalu mereka berdua memutuskan untuk berehat. Ketika itu, ikan yang berada di dalam bekas tiba-tiba meronta lalu melompat keluar dengan cara yang begitu aneh. Kejadian itu telah disaksikan oleh anak muridnya, teruja dan terpukau akan kebesaran Allah sehingga ia tertidur dan lupa menceritakan tentang kejadian itu kepada Musa.

Setelah berehat, mereka meneruskan perjalanan, muridnya pun menceritakan tentang apa yang berlaku. Mendengar hal itu, Musa segera menyedari sesuatu, bahawa ia sebenarnya sudah berada di tempat yang di tuju (penemuan Khidir hamba Allah yang soleh). Lalu mereka berdua kembali ke tempat rehatnya itu.

Ketika Musa dan muridnya tiba, kelihatan seorang hamba Allah (Khidir) berpakaian jubah putih. Lalu, Musa mengucapkan salam padanya. Kemudian Khidir menanyakan dari mana Musa berasal dan siapakah
ia. Musa berkata padanya bahawa ia memang bermaksud menemui Khidir, supaya Khidir mengajarkan padanya ilmu dan kebijaksanaan yang lebih mendalam kepadanya. Dengan tegas Khidir memberi tahu Musa, bahawa ilmu yang ia miliki adalah kurniaan dari Allah dan begitulah ilmu yang Musa miliki. Kemudian Musa menyampaikan bahawa ia tak sabar untuk segera mengikutinya. Dan Khidir pun mengingatkan, bahawa Musa tidak boleh bertanya apapun juga sampai hal itu dijelaskan padanya.

Rumusan
Pertemuan Musa dengan Khidir membuatnya lupa akan ikan yang hilang tadi. Ikan dalam surah Al-Kahfi ini yang diakui sebagai bukti kebesaran Allah iaitu ikan yang boleh hidup tanpa air. Jenis ikan ini mampu mengerong masuk ke dalam tanah. Cara yang aneh bagi seekor ikan. Apa yang terjadi pada ikan ini adalah bukti bahawa Allah Maha besar dengan segala kuasa-Nya. Yang tidak mungkin menjadi mungkin.

Ikan yang hidup dengan cara yang aneh ini, inikah ikan yang diceritakan dalam surah Al-Kahfi? Inilah ikan yang menjadi saksi perjalanan Musa bertemu dengan Khidir. Jelaslah sudah, dalam ayat Al-Qur’an ini Allah memberi petunjuk kepada mereka yang selalu memikirkan tentang kekuasan-Nya dan apa yang boleh Ia perbuat. Kerana meragui kuasa Allah dan firman Al-Qur’an.


SOLAT-SOLAT SUNAT HIKMAH DAN CARA (VIDEO)

SOLAT-SOLAT SUNAT HIKMAH DAN CARA (VIDEO)


SOLAT-SOLAT SUNAT HIKMAH DAN CARA (VIDEO) | Penerangan tentang hikmah & ganjaran serta cara praktikal yang mudah di fahami bagi kesempurnaan untuk mengerjakan Solat-Solat Sunat.

• SOLAT JENAZAH
• SOLAT HARI RAYA PUASA / HAJI
• SOLAT GERHANA MATAHARI / BULAN
• SOLAT ISTISQA' (MOHON HUJAN)
• SOLAT TERAWIH (QIAM RAMADAN)
• SOLAT RAWATIB (10 SOLAT)
• SOLAT WITIR
SOLAT MALAM (QIYAMULLAIL)
• SOLAT TAHAJUD
SOLAT DHUHA
• SOLAT TAHIYATUL MASJID
SOLAT ISTIKHARAH
SOLAT TASBIH
• SOLAT TAUBAT
• SOLAT HAJAT
SOLAT SYUKUR

Oleh: Hj Mohd Jajuli Abd Rahman (Imam, Masjid Dewan Bahasa & Pustaka, KL)
SOLAT-SOLAT SUNAT HIKMAH DAN CARA (VIDEO)



Penjelasan Rigkas
credit: Shahmuzir

Solat sunat dikerjakan sebagai solat tambahan kepada solat-solat fardhu.  Pada Hari Kiamat, ia dapat menampal kekurangan yang mungkin ada pada solat fardhu seseorang mukmin.  Justeru, tidak sepatutnya kita mengabaikannya begitu sahaja, sedangkan ia dapat memanfaatkan kita ketika timbangan amal dihisab kelak.

Secara ringkasnya terdapat beberapa jenis solat sunat yang thabit dari amalan Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam.  Di dalam kitab Al-Fiqhul Manhaji `ala madzhab al-Imam asy-Syafi`i telah dibahagikan solat-solat sunat tersebut kepada dua (2) bahagian besar bagi memudahkan kefahaman kita bersama, iaitu:

Solat sunat yang dikerjakan secara tidak berjemaah.
Solat sunat yang dikerjakan secara berjemaah.

1.  Solat Sunat Yang Dikerjakan Secara TIDAK BERJEMAAH
Solat sunat yang dikerjakan secara tidak berjemaah boleh dibahagikan kepada 2 kumpulan, iaitu:

Solat sunat yang mengiringi solat-solat fardhu.  Dipanggil juga sebagai Solat Sunat Rawatib.
Solat sunat yang tidak mengiringi solat-solat fardhu.
1 (a)  Solat Sunat Yang Mengiringi Solat Fardhu
Bagi Solat Sunat Rawatib, terdapat dua pembahagian iaitu yang Muakkad dan yang Tidak Muakkad.  Pembahagian secara ringkas adalah seperti berikut:

Muakkad (Amat digalakkan untuk kita kerjakannya)
2 rakaat sebelum Subuh
2 rakaat sebelum Zuhur
2 rakaat selepas Zuhur
2 rakaat selepas Maghrib
2 rakaat selepas Isyak
Tidak Muakkad
2 rakaat sebelum Zuhur (tambahan 2 rakaat)
2 rakaat selepas Zuhur (tambahan 2 rakaat)
4 rakaat sebelum Asar (2 salam)
2 rakaat sebelum Maghrib
2 rakaat sebelum Isyak
1 (b)  Solat Sunat Yang TIDAK Mengiringi Solat Fardhu
Manakala bagi solat sunat yang tidak mengiringi solat-solat fardhu pula boleh dibahagikan kepada 2 iaitu:

Ada nama dan waktu tertentu:
Solat Sunat Tahiyyatul masjid
Solat Sunat Witir
Qiamullail (dinamakan tahajjud jika dilakukan selepas tidur)
Solat Sunat Dhuha
Solat Sunat Istikharah
Tiada nama khusus dan tiada waktu tertentu.  Solat ini dipanggil Solat Sunat Mutlak.
2.  Solat Sunat Yang Dikerjakan secara BERJEMAAH
Bagi solat-solat sunat yang dikerjakan secara berjemaah, berikut adalah jenis-jenisnya:

Solat Sunat Hari Raya iaitu `Eidul Fitri dan `Eidul Adha
Solat Sunat Tarawih
Solat Sunat Gerhana Matahari / Bulan
Solat Sunat Istisqa’ (minta hujan)
Secara ringkasnya, pembahagian solat-solat sunat dapat digambarkan melalui gambarajah berikut:



Tanda Orang Beriman

Tanda Orang Beriman


Tanda Orang Beriman | Ust. Don Daniyal DonBiyajid"Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (kerananya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakal.(iaitu) orang-orang yang mendirikan solat dan yang menafkahkan sebahagian dari rezki yang Kami berikan kepada mereka.Itulah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan memperoleh beberapa derajat ketinggian di sisi Tuhannya dan ampunan serta rezki (nikmat) yang mulia."(QS.Al Anfal 2-4).

Dari Ayat tersebut telah jelaslah bahawa beberapa tanda-tanda orang yang benar-benar beriman kepada Allah adalah:

* Bila disebut nama Allah gemetarlah Hatinya.
* Apabila Dibacakan Ayat-ayat Allah bertambahlah Imannya.
* Mereka selalu bertawakal Kepada Allah.
* Mendirikan Solat
* Menafkahkan (berinfaq, sedekah)
Itulah tanda-tanda orang yang benar-benar beriman selain tanda-tanda yang lain yang Allah Gambarkan dalam surat Al fatihah dan surat-surat yang lainnya.

Kredit: Cinta Islam
By: Digital Dakwah

Tanda Orang Beriman | Ust. Don Daniyal Don Biyajid (VIDEO)



Juri Terkesima, Remaja 13 Tahun Berselawat di pentas 'The Voice Kids Indonesia' (Video)

Juri Terkesima, Remaja 13 Tahun Berselawat di pentas 'The Voice Kids Indonesia' (Video)

INDONESIA -  Para penonton dan juri rancangan uji bakat The Voice Kids Indonesia terpegun seketika apabila seorang remaja mula mengalunkan selawat.


Sharla Martiza Isya'iah, remaja berusia 13 tahun, itu pada mulanya tidak begitu menarik perhatian para juri Agnes Monica, Bebi Romeo dan Muhammad Tulus semasa beliau mendendangkan lagu Memory oleh Cats. Namun di saat-saat akhir, Agnes menekan butang pembaz, tanda beliau mahu memilih remaja itu sebagai anak didiknya.

Agnes kemudian bertanya kepada Sharla tentang lagu lain yang digemarinya, lapor Astro Awani. Sharla berkata beliau menggemari lagu-lagu qasidah sebelum diminta menyanyikan sebuah lagu.

Sebaik saja Sharla membuka mulut dan bernyanyi, Agnes ternyata terkejut dan beliau berkali-kali mengungkapkan "bagus!".

"Suara kamu bagus dan stabil! Untung saya pilih."
Dua lagi juri turut terpesona dengan mutu suara dan kebolehan Sharla, - Astro Awani

Dengarkan keindahan suara Sharla di video berikut - 


Asal Usul Serta Kisah Nabi Ibrahim AS, Kesayangan Allah SWT

Asal Usul Serta Kisah Nabi Ibrahim AS, Kesayangan Allah SWT


Nabi Ibrahim ialah seorang nabi yang dilahirkan di tengah-tengah masyarakat jahiliyah yang musyrik dan kafir. Beliau adalah anak Azar yang masih keturunan Sam bin Nuh. Nabi Ibrahim dilahirkan pada tahun 2295 sebelum Masehi, di negeri Mausul. Ayah beliau adalah seorang pembuat patung berhala dan beliau sendiri sangat membenci berhala-berhala itu. Beliau lahir pada zaman kerajaan Raja Namrud yang mengaku dirinya sebagai Tuhan.

Asal Usul Serta Kisah Nabi Ibrahim AS, Kesayangan Allah SWT  | Sejarah Nabi Ibrahim Lengkap Dari Lahir Sampai Wafat


Ketika Nabi Ibrahim Dibuang Ke Hutan Nabi Ibrahim diasingkan atau disembungkan ke hutan oleh ayahnya sebagai bentuk penyelamatan, karena pada masa itu, raja Namrud mengeluarkan undang-undang bahwa setiap bayi laki-laki yang terlahir harus dibunuh. Atas izin Allah SWT, Nabi Ibrahim selamat dari gangguan binatang-binatang buas. Setelah beliau tumbuh besar, beliau berpikir siapakah yang pantas untuk disembah. Karena banyak kaumnya yang menyembah berhala yang terbuat dari batu, dan Beliau tidak mau ikut menyembah berhala itu, karena baginya hanyalah sebuah benda. Kemudia beliau melihat bulan dan bintang di malam hari, matahari di siang hari, ia berkata “Mungkinkah benda-benda itu Tuhan?” Namun ternyata, bulan dan bintang menghilang dan matahari terbenam, lalu ia berkata: “Aku tak akan bertuhan kepada benda-benda seperti itu.” Maka Allah berfirman dalam QS. Al-An’am ayat 76-79.

Yang artinya: “Ketika malam telah gelap, dia melihat sebuah bintang (lalu) dia berkata: “Inilah Tuhanku”, tetapi tatkala bintang itu tenggelam dia berkata: “Saya tidak suka kepada yang tenggelam”. Kemudian tatkala dia melihat bulan terbit dia berkata: “Inilah Tuhanku”. Tetapi setelah bulan itu terbenam, dia berkata: “Sesungguhnya jika Tuhanku tidak memberi petunjuk kepadaku, pastilah aku termasuk orang yang sesat”. Kemudian tatkala ia melihat matahari terbit, dia berkata: “Inilah Tuhanku, ini yang lebih besar”. Maka tatkala matahari itu terbenam, dia berkata: “Hai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu persekutukan. Sesungguhnya aku menghadapkan diriku kepada Rabb yang menciptakan langit dan bumi, dengan cenderung kepada agama yang benar, dan aku bukanlah termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan.”

Setelah Nabi Ibrahim beranjak dewasa, Allah memberinya akal dan kecerdasan yang luar biasa dan mulailah Nabi Ibrahim menyampaikan dakwahnya.

Nabi Ibrahim Menghancurkan Berhala Raja Namrud
Disaat Raja Namrud dan kaumnya pergi meninggalkan negerinya dan saat itu kampung-kampungnya kosong. Maka nabi Ibrahim melaksanakan niat yang selama ini dipendamnya, yakni menghancurkan berhala-berhala yang dipuja dan disembah oleh Raja Namrud dan rakyatnya. Beliau menghancurkannya menggunakan kampak dan hanya satu yang tidak dihancurkan, sengaja kampaknya dikalungkan dileher patung terbesar itu.

Setelah Raja Namrud dan pengikutnya tiba di negerinya, maka murkalah ia terhadap kejadian itu. Raja Namrud langsung menuduh Nabi Ibrahim sebagai pelakunya, karena sudah terkenal bahwa Nabi Ibrahim sangat membenci berhala-berhala itu. Lalu Nabi Ibrahim dihadapkan padanya untuk diadili.

Sang Raja berkata dengan geram: “Wahai Ibrahim, bukankah engkau yang telah menghancurkan berhala-berhala ini?”

“Bukan!” jawab Ibrahim singkat. Mendengar jawaban itu, Raja Namrud semakin geram dan berkata: “Lalu siapa lagi kalau bukan engkau, bukankah kau berada disini saat kami pergi dan bukankah engkau membenci berhala-berhala ini?”

“Ya, tapi bukan aku yang menghancurkan berhala-berhala itu. Aku pikir, berhala besar itulah yang menghancurkannya, bukankah kampaknya masih berada dilehernya?” sahut Ibrahim dengan tenang.

Raja Namrud membantahnya: “Mana mungkin patung berhala dapat berbuat semacam itu!”. Mendengar hal itu dengan tegas Nabi Ibrahim berkata: “Kalau begitu, kenapa engkau menyembah berhala yang tidak dapat berbuat apa-apa?”

Mendengar pernyataan Ibrahim, para pengikutnya tersadar dan terpikir oleh mereka Tuhan yang selama ini disembah tidak dapat melihat, mendengar, dan bergerak. Namun, Raja Namrud semakin Murka.

Nabi Ibrahim Dibakar
Karena Geram dan kesalnya Raja Namrud, akhirnya ia memerintahkan para tentaranya untuk menghukum Nabi Ibrahim dengan seberat-beratnya. Nabi Ibrahim dihukum mati dengan jalan dibakar hidup-hidup.

Api dinyalakan besar sekali dengan kayu sebagai bahan bakarnya, sementara Nabi diikat dan ditempatkan ditengah-tengah tumpukan kayu. Tetapi Allah lebih berkuasa dalam segala hal. Allah belum menghendaki Nabi Ibrahim mati dan kalah oleh Raja namrud. Lalu Allah berfirman:



al-anbiya ayat 69
Artinya: “Kami berfirman: “Hai api, menjadi dinginlah dan menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim.” (QS. Al-Anbiya: 69)

Menyaksikan proses pembakaran itu, Raja Namrud dan para pengikutnya tertawa dengan penuh kepuasan. Mereka mengira, Nabi Ibrahim telah hancur menjadi abu bersama api itu. Namun, begitu terkejutnya mereka setelah api yang menyala dahsyat itu padam.  Nabi tiba-tiba berjalan keluar dari puing-puing pembakaran dengan selamat tanpa luka sedikitpun. Lalu beliau pergi berhijrah ke negeri Kan’an dan baitul Maqdis. Disanalah beliau hidup dan memiliki keturunan.

Ujian Nabi Ibrahim
Nabi Ibrahim juga diuji oleh Allah SWT dengan perintah-Nya untuk mengorbankan putra kesayangannya Ismail. Lalu beliau mau mengikuti perintah Allah tersebut. Namun kemudian Allah menggantikan Ismail dengan seekor kambing kibas untuk disembelih.  Maka legalah hati Nabi Ibrahim, lalu memeluk putranya dan memuji Allah SWT. Peristiwa ini diabadikan dalam Qur’an surat Ash-Shaffat ayat 101-111.

Bersama Siti Hajar (istrinya) dan Ismail, Nabi berhijrah ke Mekah. Disanalah beliau membangun Ka’bah sebagai pusat penyembahan manusia kepada Tuhannya. Nabi Ibrahim terkenal sebagai Nabi yang banyak berdoa kepada Allah SWT.

Nabi Ibrahim as., memiliki dua istri yaitu Sarah dan Siti Hajar serta memiliki dua putra Ismail dan Ishaq yang keduanya pun menjadi Nabi dan Rasul Allah. Ismail dilahirkan oleh Siti Hajar dan Ishaq dilahirkan oleh Sarah. Beliau menikah dengan Hajar karena bersama Sarah tidak dikaruniai anak, kemudian Sarah meminta Ibrahim untuk menikahi budaknya Hajar dan lahirlah Ismail. Kemudian tidak lama Sarah pun akhirnya memiliki putra yaitu Ishaq.

Nabi Ibrahim wafat pada usia 200 tahun. Beliau lahir pada tahun 1273 setelah terjadinya peristiwa banjir dan topan pada masa Nabi Nuh as. Full Movie : Asal Usul Serta Kisah Nabi Ibrahim AS, Kesayangan Allah SWT - Digital Dakwah


Kisah Nabi Isa AS Yang Diangkat Kelangit Bukan Di Bunuh

Kisah Nabi Isa AS Yang Diangkat Kelangit Bukan Di Bunuh


 "Mereka (kaum Yahudi) itu tidak dapat membunuh dia (Isa AS.) dan tak dapat menyalibkannya, akan tetapi disamarkan atas mereka (yakni mereka hendak membunuh Isa, tetapi terbunuh seorang lain yang serupa Nabi Isa as.) dan sesungguhnya orang-orang yang berselisih faham tentangnya adalah berada dalam keraguan. Mereka tidak berpengetahuan tentang itu, kecuali dengan turut sangka-sangkaan saja. Mereka tidak membunuhnya dengan yakin, tetapi Allah telah angkat dia kepada-Nya dan adalah Allah
itu Maha Gagah lagi Maha Bijaksana." (QS. An-Nisa': 157)

Tidak benar orang-orang yahudi telah membunuh dan menyalib Isa putra Maryam, sebaliknya yang dibunuh dan disalib oleh orang yahudi adalah pendeta yahudi sendiri yang bernama Asyu' yang dijadikan Allah menyerupai Nabi Isa AS dalam paras/ rupanya.

Orang-orang yahudi meyakini telah membunuh Nabi Isa AS. adalah keyakinan yang salah. Sebaliknya Allah telah mengangkat Nabi Isa ke langit kedua pada tanggal 15 bulan Nisyam (bulan bangsa Romawi) atau tanggal 29 bulan April, yang disebut-sebut oleh bangsa Qibthi bulan Barmahat, yaitu ketika Nabi Isa AS. berumur 33 tahun. Jadi sampai saat ini Nabi Isa masih hidup dilangit kedua dan akan turun ke dunia pada zaman Dajjal untuk menegakkan hukum Islam diseluruh penjuru didunia menurut syari'at Nabi akhir zaman (Nabi Muhammad SAW).

Adapun penyaliban pendeta Yahudi yang bernama Asyu' itu dahulu dilakukan mulai jam 3 hari jum'at bertepatan pada tanggal 29 April 33 M. Pada hari penyaliban Asyu' tersebut ada badai yang besar dan selama 3 hari mulai hari penyaliban Asyu' sampai jam 3 Ahad dunia dalam keadaan gelap gulita, begitulah ramainya peristiwa salib atau penyebab diangkatnya Nabi Isa as ke langit.

Maka Nabi Isa AS besok akan berbuat sangat adil terhadap orang-orang yahudi dan nasrani, maksudnya kaum nasrani selain dipastikan mereka harus melepas agamanya juga tidak boleh menjadi orang yang netral dalam beragama, sebaliknya harus memilih masuk Islam atau dibunuh, karena
tidak boleh ditebus dengan membayar jizyah (pajak).

Begitulah menurut syari'at Nabi Muhammad SAW. yang akan diberlakukan oleh Nabi Isa AS. besok pada akhir zaman, jadi lain dengan syari'at Nabi Muhammad yang berlaku pada zaman kita sekarang ini, maksud nya zaman sebelum turunnya Nabi Isa AS sewaktu orang kafir kitabi itu tidak mau masuk Islam, tapi dia mau membayar jizyah (pajak) maka pajaknya wajib diterima dan kafir kitabi tersebut tidak boleh dipaksa untuk memilih masuk agama Islam atau akan dibunuh. [reportaseterkini] Full Movie :
Kisah Nabi Isa AS Yang Diangkat Kelangit Bukan Di Bunuh - Digital Dakwah


SUBHANALLAH!! Ribut Api Tornado Musnahkan Kota Israel (Video)

SUBHANALLAH!! Ribut Api Tornado Musnahkan Kota Israel (Video)


Api yang bersama ribut Tornado telah memusnahkan kawasan sempadan Haifa. Api yang berpunca dari lalang - lalang tersebut memarakan  lagi pembakaran sehinggakan sampai ke kawasan perkilangan.

Api juga menyeberang jalan raya. Dua jalan utama, Highway 22 dan Paz Brigde, tetal ditutup. Seluruh kendaraan dilarang melintasi kedua jalan tersebut. Video : SUBHANALLAH!! Ribut Api Tornado Musnahkan Kota Israel (Video) - Digital Dakwah


Terujanya Sami Kehebatan Islam, Tekad Ajak Seluruh Penganut Budha Peluk Islam

Terujanya Sami Kehebatan Islam, Tekad Ajak Seluruh Penganut Budha Peluk Islam

Keterujaannya jelas terukir diraut wajah beliau, lalu beliau mengakui tiada kitab yang hebat melainkan Al-Quran.


Menurut sumber semasa beliau beragama Budha beliau adalah seroang ketua besar Sami' Ya'la Thailand, oleh kerana amalan mengkaji dengan membaca pelbagai buku² kitab², beliau menemui artikel mengenai kehebatan dalam Al-Quran mengenai segala-galanya tentang kehidupan dunia sekarang.

Keterujaannya jelas terukir diraut wajah beliau, lalu beliau mengakui tiada kitab yang hebat melainkan Al-Quran..Dan berhasrat ingin mengajak saudara-mara, rakan-taulan dan seluruh warga Thailand beragama budha memeluk Agama Islam...


Subhanallah, Sainstis Temui  Pokok Terbesar Di Dunia (Video)

Subhanallah, Sainstis Temui Pokok Terbesar Di Dunia (Video)

Poko yang berusia 3200 tahun ini diantara pokok tertua dan terbesar yang pernah di temui. Sehingga kini, pokok itu tidak pernah diambil gambar secara keseluruhan kerana keadaan saiz yang sangat besar..


Ia mengambil sejenis khas pokok untuk mempunyai nama samaran. "Presiden" adalah salah satu pokok. The Sequoia gergasi berdiri 247 kaki tinggi dan berusia anggaran 3,200 tahun.
batang berukuran 27 kaki di seberang, dan di antara asas dan puncak tertinggi, terdapat kira-kira dua bilion jarum.


Sehingga kini, pokok itu tidak pernah mengambil gambar secara keseluruhan. Sekumpulan jurugambar dari National Geographic bekerja dengan ahli-ahli sains dari Taman Negara Sequoia California untuk cuba untuk menjadi yang pertama.

Ia mengambil masa satu set rumit takal dan tuil untuk skala pokok itu, yang mana satu ahli sains berpendapat adalah yang terbesar di dunia (jika anda mengambil lebar akaun).


Selepas jahitan bersama-sama 126 foto berasingan, kita ditinggalkan dengan potret fikiran-bertiup ini Presiden.



DEEN SQUAD – RAMADAN, KONSEP MUZIK RAP BERLANDASKAN AGAMA ISLAM (VIDEO)

DEEN SQUAD – RAMADAN, KONSEP MUZIK RAP BERLANDASKAN AGAMA ISLAM (VIDEO)


Mungkin tidak ramai yang pernah mendengar nama Deen Squad tetapi kumpulan duo rap ini sudah mula menempah nama kerana membawa nafas baru terhadap industri muzik hip-hop dan R&B di dunia.

Ini kerana kumpulan rap yang terdiri daripada Jae Deen dan Karter Zaher ini menggunakan konsep muzik rap berlandaskan agama Islam.

"DEEN SQUAD – RAMADAN, KONSEP MUZIK RAP BERLANDASKAN AGAMA ISLAM (VIDEO)"


Baru-baru ini mereka mengeluarkan satu lagu berjudul Ramadan yang menggunakan rentak muzik Justin Bieber – Love Yourself.

Memang menenangkan dan membuka mata sebagai cara baru untuk berdakwah dalam Islam.

Jom layan lagu ini!
Link untuk download full album : http://goo.gl/Fk7SCt




Peristiwa Di Jazirah Arab Bukti Dekatnya Hari Kiamat (Video)

Peristiwa Di Jazirah Arab Bukti Dekatnya Hari Kiamat (Video)


Orang yang memperhatikan keadaan Jazirah arab akan mendapatkan bahwa padang pasir yang gersang dan tandus mencapai 70% dari jumlah keseluruhannya. Nabi kita s.a.w memberi kabar bahwa diantara tanda kiamat: jazirah arab akan kembali subur dan dialiri sungai, padahal sebelumnya ia merupakan hamparan padang pasir gersang yang tidak ditumbuhi tanaman

صدق رسول الله صلى الله عليه وسلم:لن تقوم الساعة حتى تعود جزيرة العرب جناة وانهارا -انها اعلام النبوة

“Benarlah Rasulullah shallallahu ‘alayhi wasallam yang bersabda: tidak akan datang kiamat hingga jazirah arab kembali menjadi kebun-kebun dan sungai-sungai” sungguh ini mu’jizat kenabian!

Air Terjun Gunung Uhud


VIDEO Air Terjun Gunung Uhud

Air Terjun Riyadh


VIDEO Air Terjun Riyadh

Dari Abu Hurairah r.a: bahwasanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidak akan terjadi kiamat sehingga jazirah arab kembali menjadi subur dan dialiri sungai, sehingga orang yang menempuh perjalanan dari Irak menuju Makkah tidak merasa takut kecuali dari ketersesatan –atau takut kehilangan arah jalan- dan akan membanyak al-haraj”. Para sahabat bertanya: wahai Rasulullah, apa yang dimaksud dengan al-haraj? Beliau menjawab: “Pembunuhan” (HR. Ahmad).

Dari Abu Hurairah r.a: bahwasanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidak akan terjadi kiamat sehingga harta membanyak dan memlimpah, bahkan seseorang sampai keluar dengan membawa zakat hartanya, namun tidak mendapati orang yang mahu menerimanya. Dan hingga bumi arab kembali menjadi subur dan dialiri sungai” (HR. Muslim).


video

SUBHANALLAH!! Lelaki Buta Dapat Penglihatan Depan Kaabah (VIDEO)

SUBHANALLAH!! Lelaki Buta Dapat Penglihatan Depan Kaabah (VIDEO)


SEORANG lelaki tua menggemparkan jemaah yang berada berhampirannya apabila tiba-tiba berdiri sambil menjerit dan menangis, selepas solat asar di Makkah.. Berulang kali lelaki tersebut melaung kesyukuran kepada Allah SWT  “Ya Allah mataku sudah boleh melihat, aku sudah boleh melihat, Allahuakbar..”

Hal ini membuatkan orang sekeliling lelaki tua berkenaan mula melafazkan tahniah dan memuji-muji kebesaran Tuhan terhadap hambanya.

Salah seorang saksi turut bertindak merakam aksi lelaki berkenaan sebelum memuatnaik video ke laman sosial, membuatkan  dalam masa sekejap sahaja rakaman itu menjadi viral. Saksikan videonya di bawah:


Gadis Kristian Mengucap Dua Kalimah Syahadah Selepas Mendengar Penjelasan Tentang Islam (Video)

Gadis Kristian Mengucap Dua Kalimah Syahadah Selepas Mendengar Penjelasan Tentang Islam (Video)


Terengganu - Ceramah Dr. Zakir Naik di Kemaman merakamkan satu detik bermakna apabila seorang remaja Kristian berumur 19 tahun, Nina Grace, memilih untuk memeluk Islam apabila dipelawa oleh Dr. Zakir Naik selepas pelajar terbabit bertanyakan soalan.

Menurut pelajar terbabit, dia telah kerap membaca surah Al-Fatihah, 3 Qul dan Ayat Kursi.

Pelajar berkenaan kemudian bertanya adakah dia tidak menghormati Islam dengan berbuat sedemikian?

Dr. Zakir Naik terus menjawab : Tidak.

Dr. Zakir Naik kemudiannya bertanya kepada pelajar tersebut beberapa soalan sebelum mengajaknya mengucap dua kalimah Syahadah.

Dr. Zakir : "Adakah kamu percaya hanya ada satu Tuhan?"

Grace : "Ya"

Dr. Zakir : "Adakah kamu percaya Jesus itu Tuhan?"

Grace : "Tidak"

Dr. Zakir : "MasyaAllah.. Adakah kamu percaya Nabi Muhammad pesuruh Allah?"

Grace : "Ya".

Selepas beberapa siri soalan dan penjelasan lagi, gadis tersebut bersetuju untuk mengikut Dr. Zakir mengucap dua kalimah Syahadah.

Setelah selesai detik yang amat bermakna itu, kedengaran tepukan dari orang ramai.




Video penuh bermakna itu dimuat naik oleh chanel Youtube Dr. Zakir Naik Fans ID. - Digital Dakwah


Pengakuan Paderi Kebenaran Islam Buatkan Puluhan Ribu Penganut Kristian Sujud Kepada Allah

Pengakuan Paderi Kebenaran Islam Buatkan Puluhan Ribu Penganut Kristian Sujud Kepada Allah


Digital Dakwah - Seorang Paderi telah memberitahu di depan penganutnya dalam khutbah Ahad di sebuah gereja bahawa masa depan adalah milik orang islam, serta beliau memuji sifat keikhlasan orang islam dalam segala hal dan banyak lagi....

Paderi yang dimaksudkan ialah Dmitri Smirnov seorang Imam besar Ortodoks Archpriest yang berasal dari Moscow, Rusia. Beliau telah berucap dalam sebuah gereja yang dihadiri ratusan penganut Kristian tentang kebaikan yang ditunjukan orang-orang Islam di Negara itu.


Lihatlah... ketika mana umat Islam sedang merayakan hari kebesaranya, semua orang-orang Islam di seluruh Dunia berada di masjid-masjid bersujud pada Tuhanya, tidak ada satu pun yang berani engkar..

Adakah perkara sedemikian ada dalam Kristian atau kalian tidak pernah memikir hal itu.. Ujar paderi itu... Lihatlah orang-orang Muslim sentiasa menolong tanpa mengharapkan balasan tetapi orang-orang kristian sebaliknya. Atas sebab ini tidak mustahil seluruh rakyat di sini memilih Agama Islam sebagai panduan hidup. Ujarnya..


Dan satu persatu penjelasan contoh dan bukti-bukti perbandingan tentang kemuliaan orang-orang Islam dan orang-orang Kristian dalam ucapan paderi itu. Jom kita saksikan Video ucapan penuh paderi Dmitri Smirnov Imam besar Ortodoks Archpriest: 


Dengan kenyataan tersebut puluhan ribu pemuda-pemuda Negara Rusia telah memilih agama Islam, dan Negara Rusia telah menjadi agama kedua terbesar yang mewakili kira-kira 15 peratus daripada penduduk Ortodoks. Oleh itu tidak hairanlah jika 100 peratus penduduk menjadikan Agama Islam sebagai agama rasmi di Negara itu..

VIDEO:

<a class="aeva_link bbc_link new_win" href="//www.youtube.com/watch?v=7oO0NXk8s9A" target="_blank">Pengakuan Paderi Kebenaran Islam Buatkan Puluhan Ribu Penganut Kristian Sujud Kepada Allah</a>

Video Rasukkan Jin Mangsa Kepanasan Ketika Solat

Video Rasukkan Jin Mangsa Kepanasan Ketika Solat


Video Rasukkan Jin Mangsa Kepanasan Ketika Solat | Jin merupakan salah satu diantara tiga makhluk ciptaan Allah iaitu jin, manusia dan malaikat. Menurut Al-Qur'an, mereka diciptakan dari bahan dasar yang berbeza, jin dari "api yang sangat panas" dan manusia dari tanah liat kering yang berasal dari lumpur hitam, sedangkan malaikat berasal dari cahaya.
Seperti manusia, jin juga ada berperangai baik ataupun jahat, atau suka menolong. Dalam Al Qur'an surah Al-Jin (Surah ke-72) ada menceritakan tentang jin. Maka kewujudan jin tidak perlu disangkal lagi.


Dalam video ini memaparkan detik-detik cemas seorang pemuda sedang melakukan solat berjemaah di masjid berhampiran meronta-ronta seperti kepanasan yang amat sangat. Kejadian ini berlaku apabila imam memulakan bacaan ayat Al-Quran. Menurut laporan, tubuh badan mangsa telah menjadi penempatan jin agak sekian lama. Tanpa disedari jin tersebut meronta kepanasan apabila ayat suci Al-Quran diperdengarkan.  Jom sama-sama kita saksikan video tersebut:




SUBHANALLAH!! Inilah Balasan Allah Akibat Memukul Ibunya

SUBHANALLAH!! Inilah Balasan Allah Akibat Memukul Ibunya


Balasan Allah Akibat Memukul Ibunya | Video ini menunjukan kejadian benar dimana seorang anak memukul ibu kandungnya di khlayak ramai dan serta merta Allah menurunkan bala diatas perbuatan zalimnya..

Selepas seorang wanita memukul ibunya, Wanita itu serta-merta menerima konspilasi otak dimana serangan sawan babi telah menimpa dirinya dan warga yang melihat kejadian itu cuba mengawal keadaan.. Saksikan Video dibawah:





ad2

Chord dan Lirik

Explore Indonesia

Broker Kripto

Tempo Doeloe

Olahan Makanan

Ulasan Film

Keimanan dan Keyakinan

Top Bisnis Online

Tips dan Trik