Trading dan Investasi

ad1

Iklan Gratis

Tampilkan postingan dengan label Ceramah. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Ceramah. Tampilkan semua postingan
SOLAT-SOLAT SUNAT HIKMAH DAN CARA (VIDEO)

SOLAT-SOLAT SUNAT HIKMAH DAN CARA (VIDEO)


SOLAT-SOLAT SUNAT HIKMAH DAN CARA (VIDEO) | Penerangan tentang hikmah & ganjaran serta cara praktikal yang mudah di fahami bagi kesempurnaan untuk mengerjakan Solat-Solat Sunat.

• SOLAT JENAZAH
• SOLAT HARI RAYA PUASA / HAJI
• SOLAT GERHANA MATAHARI / BULAN
• SOLAT ISTISQA' (MOHON HUJAN)
• SOLAT TERAWIH (QIAM RAMADAN)
• SOLAT RAWATIB (10 SOLAT)
• SOLAT WITIR
SOLAT MALAM (QIYAMULLAIL)
• SOLAT TAHAJUD
SOLAT DHUHA
• SOLAT TAHIYATUL MASJID
SOLAT ISTIKHARAH
SOLAT TASBIH
• SOLAT TAUBAT
• SOLAT HAJAT
SOLAT SYUKUR

Oleh: Hj Mohd Jajuli Abd Rahman (Imam, Masjid Dewan Bahasa & Pustaka, KL)
SOLAT-SOLAT SUNAT HIKMAH DAN CARA (VIDEO)



Penjelasan Rigkas
credit: Shahmuzir

Solat sunat dikerjakan sebagai solat tambahan kepada solat-solat fardhu.  Pada Hari Kiamat, ia dapat menampal kekurangan yang mungkin ada pada solat fardhu seseorang mukmin.  Justeru, tidak sepatutnya kita mengabaikannya begitu sahaja, sedangkan ia dapat memanfaatkan kita ketika timbangan amal dihisab kelak.

Secara ringkasnya terdapat beberapa jenis solat sunat yang thabit dari amalan Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam.  Di dalam kitab Al-Fiqhul Manhaji `ala madzhab al-Imam asy-Syafi`i telah dibahagikan solat-solat sunat tersebut kepada dua (2) bahagian besar bagi memudahkan kefahaman kita bersama, iaitu:

Solat sunat yang dikerjakan secara tidak berjemaah.
Solat sunat yang dikerjakan secara berjemaah.

1.  Solat Sunat Yang Dikerjakan Secara TIDAK BERJEMAAH
Solat sunat yang dikerjakan secara tidak berjemaah boleh dibahagikan kepada 2 kumpulan, iaitu:

Solat sunat yang mengiringi solat-solat fardhu.  Dipanggil juga sebagai Solat Sunat Rawatib.
Solat sunat yang tidak mengiringi solat-solat fardhu.
1 (a)  Solat Sunat Yang Mengiringi Solat Fardhu
Bagi Solat Sunat Rawatib, terdapat dua pembahagian iaitu yang Muakkad dan yang Tidak Muakkad.  Pembahagian secara ringkas adalah seperti berikut:

Muakkad (Amat digalakkan untuk kita kerjakannya)
2 rakaat sebelum Subuh
2 rakaat sebelum Zuhur
2 rakaat selepas Zuhur
2 rakaat selepas Maghrib
2 rakaat selepas Isyak
Tidak Muakkad
2 rakaat sebelum Zuhur (tambahan 2 rakaat)
2 rakaat selepas Zuhur (tambahan 2 rakaat)
4 rakaat sebelum Asar (2 salam)
2 rakaat sebelum Maghrib
2 rakaat sebelum Isyak
1 (b)  Solat Sunat Yang TIDAK Mengiringi Solat Fardhu
Manakala bagi solat sunat yang tidak mengiringi solat-solat fardhu pula boleh dibahagikan kepada 2 iaitu:

Ada nama dan waktu tertentu:
Solat Sunat Tahiyyatul masjid
Solat Sunat Witir
Qiamullail (dinamakan tahajjud jika dilakukan selepas tidur)
Solat Sunat Dhuha
Solat Sunat Istikharah
Tiada nama khusus dan tiada waktu tertentu.  Solat ini dipanggil Solat Sunat Mutlak.
2.  Solat Sunat Yang Dikerjakan secara BERJEMAAH
Bagi solat-solat sunat yang dikerjakan secara berjemaah, berikut adalah jenis-jenisnya:

Solat Sunat Hari Raya iaitu `Eidul Fitri dan `Eidul Adha
Solat Sunat Tarawih
Solat Sunat Gerhana Matahari / Bulan
Solat Sunat Istisqa’ (minta hujan)
Secara ringkasnya, pembahagian solat-solat sunat dapat digambarkan melalui gambarajah berikut:



Tanda Orang Beriman

Tanda Orang Beriman


Tanda Orang Beriman | Ust. Don Daniyal DonBiyajid"Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (kerananya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakal.(iaitu) orang-orang yang mendirikan solat dan yang menafkahkan sebahagian dari rezki yang Kami berikan kepada mereka.Itulah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan memperoleh beberapa derajat ketinggian di sisi Tuhannya dan ampunan serta rezki (nikmat) yang mulia."(QS.Al Anfal 2-4).

Dari Ayat tersebut telah jelaslah bahawa beberapa tanda-tanda orang yang benar-benar beriman kepada Allah adalah:

* Bila disebut nama Allah gemetarlah Hatinya.
* Apabila Dibacakan Ayat-ayat Allah bertambahlah Imannya.
* Mereka selalu bertawakal Kepada Allah.
* Mendirikan Solat
* Menafkahkan (berinfaq, sedekah)
Itulah tanda-tanda orang yang benar-benar beriman selain tanda-tanda yang lain yang Allah Gambarkan dalam surat Al fatihah dan surat-surat yang lainnya.

Kredit: Cinta Islam
By: Digital Dakwah

Tanda Orang Beriman | Ust. Don Daniyal Don Biyajid (VIDEO)



Tips Dan Adab Ziarah Pesakit - Ustaz Sharhan

Tips Dan Adab Ziarah Pesakit - Ustaz Sharhan


Tips Dan Adab Ziarah Pesakit - Ustaz Sharhan | Saat kita mengharungi penyakit kadang-kadang orang lain pun akan terkena penyakit seperti kita, Orang lain yang dimaksudkan ialah seperti jiran tertangga, kawan-kawan, sedara-mara, kaum kerabat dan sebagainya maka amalan menziarah ini bukan sahaja menjadi teradisi tetapi menjadi amalan Sunnah Rasulullah s.a.w. dan secara tidak langsung ganjaran pahala sunnah akan diberikan kepada golongan yang sempurna adabnya ketika menziarahi pesakit. - Digital Dakwah

Tips Dan Adab Ziarah Pesakit
Doa Ziarah Orang Sakit


Video ini akan menghuraikan beberapa adab dan tips-tips ketika menziarahi pesakit
agar kita tergolong dari golongan yang mendapat Pahala Sunnah.... 

Post : Tips Dan Adab Ziarah Pesakit - Ustaz Sharhan
Kredit Ust. Sharhan

ad2

Chord dan Lirik

Explore Indonesia

Broker Kripto

Tempo Doeloe

Olahan Makanan

Ulasan Film

Keimanan dan Keyakinan

Top Bisnis Online

Tips dan Trik